CLICK ME!!!!

Thursday 17 July 2014

TIPS UNTUK PULANG KE KAMPUNG BERHARI RAYA ~ PERJALANAN JAUH

Dah siapkan barang untuk pulang beraya????
Dah servis kereta? tukar tayar kereta???
Meh tengok tips bagi persediaan untuk perjalanan jauh dibawah ni....
 copy from tips pulang beraya



Sebelum perjalanan :
1.RANCANG DAHULU PERJALANAN:  seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalan raya.

2. SERVISLAH KERETA:  servis kereta anda dipusat yang bertauliah. Periksa komponen enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.

3. REHAT DAN TIDUR SECUKUPNYA. Elakkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja . Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa memandu.

4. DONT DRIVE AND DRINK :Elakkan minum minuman keras atau mengambil ubat yang boleh memberi kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.

5. KAWAL EMOSI :Elakkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stress, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.

6. ISI MINYAK :Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan penuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.


Semasa perjalanan:
1. JAGA KESELAMATAN :Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan  nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.

2. REHATLAH :Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.

3. BARANG BERHARGA :Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.

4. BERHATI-HATI :Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasangkan lampu hadapan. Elakkan daripada memandu dengan laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan. 

5. JARAKKAN KENDERAAN : Elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat, hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.

6. AMALKAN PEMANDUAN BERHEMAH :Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memotong. Jangan menghalang kenderaan lain kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar. Patuhi had laju yang telah ditetapkan bagi mengelakkan anda tidak disaman.


Jika anda melaksanakan kesemua tip di atas, risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dan anda akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. 
Usah biarkan keluarga anda menyambut kepulangan kali ini dengan tangisan.

No comments:

Post a Comment